July 11, 2008

Poster…. kenapa Islam tidak setinggi KLCC ?

July 5, 2008

Modul 1 - hadis pilihan

Download buku hadis pilihan untuk modul 1 di sini (versi 0. 8)

hadis-modul-1-hadis-pilihan-versi-0.8

June 13, 2008

Kita belum menggunakan sepenuhnya ‘rezeki’ kita !

Masa kita, sihat kita, lapang kita, muda kita, IQ kita….

Banyak benda yang dianugerahkan Allah kepada kita. Setiap kita menggunakannya seharian. Pelajar penat studi, pekerja penat ke tempat kerja, mengira jika dia si akauntan, merawat jika dia si doktor, menulis dan berfikir jika dia si manager. Tetapi untuk apa habis kudrat yang ada seharian digunakan? Pada hujung hari, mereka penat dan kemudian perlukan rehat. Begitulah putaran hidup.

Tetapi siapakah yang telah menggunakan habis-habisan apa yang ada padanya untuk Islam? Apakah agaknya jika terdapat 10 orang dari manusia yang siang malamnya berfikir, bekerja, menggunakan otak dan hatinya, menggunakan semaksima tenaga dan rohnya untuk Islam? apa jika 100, 1000?

Tentu Islam akan berkembang, akan mara dan tinggi sebagaimana tingginya syarikat-syarikat korporat Petronas, TM dan Celcom.

Tetapi siapa yang akan berbuat begitu? kerana tiada gaji yang dibayar untuk pekerja Islam sebegitu lumayan. Pahala suatu yang tidak kelihatan. Akhirat tidaklah secerah dan se’clear’ yang keluar dari mesin ATM. So tidak hairan, Islam tidak naik-naik senaik menara Petronas dan Telekom.

Moga anda orangnya yang mula mengorak untuk memaksimakan masa, fikiran dan apa yang ada… untuk Islam.

June 11, 2008

Isi ISK

Isi kandung:

  1. Sunnatullah di alam ini.
  2. Sains sosial dan sains tulin
  3. Sejarah Nabi-nabi yang panjang.
  4. Jahiliyyah..jahiliyyah….. apa tu jahiliyyah?
  5. Muhammad saw telah turun dari Gua Hira’
  6. Mekah dan Madinah
  7. Khulafa’ al-Rasyidin tanpa sains !
  8. Umayyah yang cekal
  9. Abbasiyyah yang tenang
  10. Kita berada di kemuncak !
  11. Salib primitif dari Eropah
  12. Mongol merosakkan segalanya.
  13. Kita tersungkur, mampu bangkit semula?
  14. Othmaniyyah mencubanya….
  15. Salib datang semula.. kali ini lebih gagah
  16. Mana iman, mana mujahid?
  17. Mustafa Kamal telah melakukannya..
  18. Siapa akan melaungkan azan?
  19. Mana Imam dan makmunnya?
  20. Apa peranan kita?

May 22, 2008

Muntalaq.. kenapa dan utk siapa?….

microsoft-word-rajah-pecahan-manusia-dan-dakwah1

Jzklh kepada penyumbang rajah-rajah ini selepas online session.

May 21, 2008

Segalanya permulaan yang tidak betul..

Memang kebiasaannya mereka yang memulai jalan ini akan merasai kemanisan. Kerana mereka belum pernah mengalami suatu bentuk hidup baru yang memang tidak terdapat di luar sana. Dunia luar penuh dengan leka, memenatkan jiwa dan batin dan kerangka kosong yang tidak dapat memenuhi keperluan ruh manusia. Tiba-tiba mereka mendapati suatu yang indah dan tenteram, yang sebelum ini hanya dibaca di dalam buku-buku ‘agama’ tentang manusia silam di awal Islam. Sekarang tiba-tiba mereka dapat merasainya sendiri sekelumit dari nilai-nilai yang hilang ini di dalam hidup mereka. Mula merasai indah dan permai, ibarat sang musafir di padang pasir yang baru ketemu ‘wadi’ dengan air sejuk dan pohon yang teduh.

Tetapi kemanisan ini juga tidak akan dapat bertahan. Ekspektasi mereka yang terlalu tinggi terhadap manusia-manusia tarbawi ini mengejutkan mereka bila berdepan dengan situasi-situasi ‘kurang islami a.k.a jahiliyyah’ dari masyarakat yang dianggap suci pada pertama kali pertemuan. Ada yang terus tersentak kembali, tidak dapat menerima kenyataan dan men’kecai’kan harapan tinggi mereka. Ini juga menyebabkan mereka terus lari, meninggalkan rumah tarbawi ini tanpa notis dan mungkin kembali ke ‘alam asal’ duduk bersendirian, kalaupun tidak membenci dan mengutuk para ‘masyarakat tarbawi’ ini.

Ini semua adalah kesilapan titik tolak juga.

May 20, 2008

Bola besi

AQIDAH

Dari sudut bahasa AQIDAH diertikan sbg: Ikatan atau sangkutan, atau menyimpukan sesuatu

Dari sudut istilah AQIDAH diertikan sbg: Keyakinan ataupun keimanan terhadap sesuatu dan tidak akan terungkai oleh mana-mana pengaruh samaada dari dlaman mahupun luaran

Pengertian Aqidah dalam Al-Quran adalah, keimanan kepada Allah swt yakni mengakui kewujudan-Nya. Dari segi fungsinya Allah swt berperan sebagai Rabb , Malik dan Ilah seperti dapat dilihat dalam surah al-Fatihah ayat 1, 3, 4, surah an-Naas ayat 1, 2, 3. Berdasarkan ayat di atas, Aqidah Islamiyah dapat disimpulkan dengan rumusan Tauhid Rububiyah, Tauhid Mulkiyah, dan Tauhid Uluhiya

Secara ringkasnya disini saya sertakan pengertian Tauhid Rububiyah, Tauhid Mulkiyah dan Tauhid Uluhiyah yang saya catat ketika perbincangan dengan naqibah saya minggu lepas:

Tauhid Rububiyah: Meyakini hanya Allah S.W.T yang mencipta, memiliki dan memberi rezeki kepada manusia.

Tauhid Mulkiyah : Meyakini bahawa Allah adalah satu-satunya Tuhan yang memerintah, membuat hukum dan melindungi manusia.

Tauhid Uluhiyah : Meyakini Allah lah satu-satunya yang disembah dan layak disembah dan Allah lah matlamat utama kita.(Ibu kpd segala matlamat)

Berbalik kepada cerita Bola Besi ini…Bola Besi ini terdiri daripada 3 lapisan, lapisan paling dalam adalah lapisan yang diisi oleh Aqidah, Tasawwur. Manakala lapisan kedua terdiri daripada hati, emosi dan segala yang bersangkut paut dengan perasaan dan lapisan terakhir sekali iaitu lapisan paling luar pula diisi dengan pemakaian,perilaku,hobi dan segala yang bersangkut paut dengan luaran setiap insan…dan kita bahagikan Bola Besi ini kepada dua iaitu Bola Besi Muslim dan Bola Besi Kafir

Seperti yang kita sedia maklum salah satu sifat besi ialah senang melebur…dan sekiranya kita telah memahami Aqidah kita yang sebenar..lapisan paling dalam itu akan melebur dan seterusnya mengenai lapisan kedua yang terdiri daripada hati,emosi dan perasaan..apabila leburan tersebut sudah menembusi lapisan kedua…leburan itu juga secara automatiknya akan menembusi lapisan ketiga yang terdiri daripada perilaku, pemakaian,hobi dan apa saja yang nampak pada luaran setiap insan…kesimpulan yang dapat dibuat dari teori Bola Besi ini ialah,
untuk melahirkan seorang insan yang benar-benar mengamalkan kehidupan sebagai seorang Muslim yang sejati..aqidah kita perlu dihadam,diyakini dan perlu difahami dengan sebenar-benar kefahaman. One point yg perlu ditekankan disini bahawa Aqidah kita sebagai seorang muslim bukanlah sekadar aqidah yang dihafal dan ungkapan di mulut semata-matakita mahukan setiap apa yang terbit dari jasad kita ini didasarkan kepada Aqidah yang benar…

Setiap insan dimuka bumi ini punya Bola Besi masing-masing, malah org kafir jua punya Aqidah mereka sendiri..dan seperti yang kita lihat sekarang..ramai Muslim yang terikut-ikut dengan cara hidup orang kafir secara sedar mahupun tidak..dari segi gaya hidup mahupun pemikiran..apa yang dapat disimpulkan disini..orang kafir telah meleburkan lapisan terdalam bola besi mereka seterusnya leburan bola besi mereka telah melebur sehingga palitannya juga terkena Bola Besi orang Muslim..yang dikesali, lapisan terdalam Bola Besi umat Islam zaman kini kebanyakannya tidak lagi tembus malah sangat mudah terpalit dengan leburan Bola Besi orang kafir..pointnya disini, Bola Besi kita tidak tembus untuk mempengaruhi Bola Besi orang kafir malah terlalu senang untuk terpalit dengan leburan Bola Besi mereka….

Saya juga masih memeriksa Bola Besi sendiri..masih dalam proses untuk meleburkan lapisan terdalam Bola Besi untuk menembusi lapisan kedua juga ketiga..tiada lain yang kita harapkan kecuali redhaNya…dan kita perlu ingat proses ini adalah satu proses yang berterusan dan bukannya suatu proses yang hasilnya akan kita perolehi dalam sebulan dua..mari kita muhasabah diri masing-masing….

Saya percaya setiap dari kita punya keinginan untuk kembali ke jalan Nya…tidak kira siapa pun kita..sejahat-jahat manapun manusia, jauh di sudut hatinya pasti ada keyakinan bahawa hanya kembali pada Allah itu kebahagiaan yang sebenar..cuma, kita perlu berusaha ke arah itu…carilah jalan itu kerana pasti ada jalan untuk kembali bagi mereka yang mahu..InshaAllah….

p/s: Mungkin tulisan ini lebih menarik sekiranya disertakan dengan perjalanan dakwah Rasulullah menanamkan Aqidah dan Tasawwur yang mantap ke dalam diri setiap sahabat ketika dakwah 13 tahun di Makkah…tapi saya terlalu penat untuk menaip hari ini..gomennasai..lain kali inshaAllah kita cerita lagi

May 19, 2008

Madrasah Malam….

Dakwah Islam hari ini tidak akan dapat ditegakkan selagimana para da’inya tidak menyalakan obor mereka pada waktu malam. Cahaya dakwah juga tidak akan dapat bersinar dan memecahkan kegelapan jahiliyah kurun dua puluh selagimana ia tidak melaungkan ‘ya qayyum’.

Bukan kami orang pertama mengatakan ini. Sebenarnya ia adalah wasiat Imam Hasan al-Banna ketika beliau berkata kepada para da’i:
“Minit-minit malam amat berharga. Janganlah kamu menjadikannya tidak bernilai dengan kealpaan kamu.”

Adakah kita sedar keperluan untuk mengembalikan semula ciri utama ini? Atau adakah kita telah terpedaya dengan ijtihad baru yang memungkinkan kita bermudah-mudah dan bermalas-malas?
Sesungguhnya kata-kata Allah tidak berubah. Tetapi kita telah memurahkan minit-minit malam yang amat berharga itu dengan pelbagai kealpaan. Hingga tanggungjawab menjadi terasa amat berat dan Allah tidak memudahkan segala urusan kita..!

Kemenangan dakwah bukan terletak pada helaian kertas yang bertimbun. Tetapi ia terletak pada kembalinya orang yang ikhlas kepada ‘adat kebiasaan’ generasi awal. Bila hati menjadi suci dengan taubat dan mula dapat tersentuh dengan peringatan-peringatan yang diberi, maka ia akan menjadi penebus pada kesilapan semasa hasil kealpaan berpanjangan.
Ini adalah satu syarat yang mesti…

May 16, 2008

Syurga Mukmin ada di mihrabnya…

Sujud di mihrab, istighfar pada waktu sahur dan air mata munajat, semuanya itu  adalah ciri-ciri yang hanya ada pada orang mukmin.
Jika seorang duniawi menyangka syurganya adalah pada wang dinar, wanita dan istana yang tersergam, tetapi….
Syurga mukmin adalah pada mihrabnya
Allah mengurniakan banyak benda halal kepada manusia dan menolak sifat kepaderian. Tetapi seorang mukmin memiliki suatu kelazatan yang jauh lebih besar daripada kelazatan benda-benda halal, iaitu ketika dia menghalakan dirinya kepada tuhannya dengan ruh yang hening bening. Ketika itu, dia akan meninggalkan banyak kelazatan halal hanya kerana bimbang semuanya akan mengeruhkan keheningan yang sedang dialaminya.

May 15, 2008

Titik tolak dakwah kita

1. Titik tolak dakwah kita

الفترة بعد المجاهدة : من فساد الابتداء

Lumpuh dan longlai selepas mantap adalah kerana permulaan yang tidak betul !

Ungkapan si berpengalaman dalam tarbiyyah mengingatkan betapa pentingnya kita mengerti benar-benar asas tapak mulanya perjalanan.

Kita berjalan dan mengharungi jalan ini bukan kerana geram dan membalas dendam. Bukan juga kerana ikut-ikutan dan seronok bersama-sama teman. Bukan juga kerana mengisi masa umpama hobi menghilangkan ‘boring’.

Setelah manusia tersentak mendengar cerita dan fenomena umat dan dunia yang kita bentangkan, maka proses kedua yang amat penting ialah membawa mereka mula memahami apa yang perlu dilakukan dan bagaimana.

Tetapi proses ini akan dimulakan secara langsung atau tidak dengan menunjukkan tapak titik tolak kerja ini. Sentakan pertama tidak kuat untuk mengekalkan mereka di jalan ini. Sentakan semangat itu sama dengan semua semangat-semangat yang lain yang akan hilang. Ia tidak lebih umpama kertas yang mudah menyala tetapi akan segera terpadam.

Titik tolak ini akan menjadi fasa kedua selepas manusia rela bersama dalam tarbiyyah kita. Untuk memahaminya dan mengekalkanya bukanlah suatu yang mudah.

Oleh itu membentuk manusia yang faham akan titik tolak ini adalah usaha berterusan yang tidak boleh ditinggalkan atau dilalaikan sepanjang perjalanan kita.

Ia boleh dilupai. Boleh dilalaikan sebentar oleh pelbagai sebab dalaman dan luaran di sepanjang jalan.